Kenal Pasti Pelajar Yang Cemerlang

17 10 2009

Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan
yang berkaitan dengan bahan yang dibaca
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar
menggunakan peta minda
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: