Mutiara Kata

24 10 2009

Mutiara 1: Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa, maka ia adalah hamba Allah yang soleh.

Mutiara 2: Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.

Mutiara 3: Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercapat datangnya kesusahan dan kesedihan.

Mutiara 4: Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.

Mutiara 5: Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas,rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.

Advertisements




muslimah

17 10 2009

muslimahjadi lah muslimah yang sejati………