Dakwah

Tajuk: Ilmu Tasawuf

Umat Islam patut mengenali apa itu Ilmu Tasawuf yang mana ilmu ini adalah ilmu suluk dan ilmu tarekat. Ianya juga dikenali sebagai ilmu yang memproses. Ilmu ini memberi pelbagai pengertian dari segi bahasa dan istilah. Antara pengertian bagi ilmu tersebut ialah kepercayaan atau ajaran yang membawa kepada kebenaran serta mencapai keredhaan Allah dengan jalan penglihatan batin. Ianya tidak memerlukan jalan penyelidikan akal fikiran bagi mengenal Allah Subhanahu Wata’ala,tetapi dengan jalan merasakan hati atau menyaksikan dengan mata hati sahaja. Allah Subhanahu Wata’ala telahpun member suatu pengetahuan dan ilham ke dalam jiwa manusia.

Ajaran ilmu Tasawuf ini adalah ajaran yang sangat mulia. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sendiri berbudi pekerti yang mulia melalui ilmu tasawuf ini. Ilmu ini mencerminkan peribadi seseorang manusia supaya sentiasa menghalusi budi pekerti dan apa-apa cara yang diterima oleh Allah yang bertalian dengan hati. Adab-adab yang baik berhubung dengan Allah diutamakan dalam ilmu tasawuf ini. Dengan mempelajari ilmu ini,hati akan terasa nikmat dalam beribadat kepada Allah dan bagi mendapatkan keredhaannya.

Imam Ghazali telah mengatakan bahawa Ilmu Tasawuf itu adalah pedoman yang menyampaikan manusia kepada mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dan ianya merupakan jalan yang sebaik-baiknya dan akhlak yang seindah-indahnya,jauh lebih baik daripada pengetahuan hikmah lahiriah lainnya.

Adapun mmempelajari ilmu ini akan dapat mengajar manusia sentiasa bertaqwa kepada Allah dan tidak takut serta tidak mengharapkan sesiapapun selain dari Allah. Dengan cara ini manusia didunia ini akan menjadai bahagia dan aman dalam mengerjakan ibadat. Ianya juga menggabungkan ilmu dan amal yang memenuhi tuntutan-tuntutan rohani.

Sumber yang didapati dalam ilmu tasawuf ini adalah melalui tiga umber iaitu dari Al-Quran, Hadith Nabi Muhammad S.A.W dan peri hidup Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda. Antara Firman Allah Subhanahu Wata’ala dari Surah Al-Anfal ayat 17 akan sumber tasawuf ini adalah:

وما رميت اذ رميت ولكن الله رمى

Mafhumnya: Dan tidaklah engkau yang melemparkan ketika engkau melempar, selain Allah lah yang melemparinya.

Ilmu ini mula berkembang melalui kehidupan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W. sebelum dan setelah menjadi nabi. Cara hidup baginda serta sahabat-sahabat baginda telah mencerminkan ilmu tasawuf ini yang mana tidak berdasarkan pada nilai-nilai kebendaan bagi memperkayakan diri tetapi ianya hanya dengan nilai-nilai ibadah yang memandang akhirat lebih baik dari dunia.

Ilmu Tasawuf ini berkembang pesat dalam masyarakat Islam sehingga sekarang. Dengan sejarahnya, ilmu ini juga berkembang sehingga ke negeri-negeri Asia. Jika seseorang itu ingin mendalami ilmu tasawuf hendaklah mempelajari dan mengusahakan maqam-maqam tasawuf bagi mendapat keredhaan Allah.

1.0 KESAN-KESAN YANG DIPEROLEHI DALAM PERUNTUHAN AKIDAH

Apabila akidah itu tidak terjaga maka terjadi lah peruntuhan akidah sebagai seorang Muslim. Seseorang hendaklah menjaga bagi mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat kerahmatannya.

Antara kesan yang di perolehi dalam peruntuhan akidah itu adalah seperti gejala sosial yang berleluasa, hilangnya nilai-nilai murni Islam dalam diri manusia, Islam dijadikan alat permainan dengan melakukan yang dilarang oleh Allah Ta’ala, Ajaran sesat akan berlaku jika akidah tidak dikukuhkan, terpengaruh dengan hasutan syaitan sehingga hilangnya iman kepada Allah dan lain-lain.

Gejala sosial terutama di kalangan remaja merupakan perbuatan yang negatif. Ianya tidak membawa kepada sokongan dan keuntungan dalam masyarakat. Antara gejala sosial yang dilakukan ialah termasuk dalm penjenayahan, pecah rumah, berlakunya zina, budaya lepak dan macam-macam lagi. Ini selalunya berpunca dari kurang didikan serta kawalan dari rumah.

Dengan perbuatan ini, nilai-nilai murni Islam dalam diri manusia akan hilang. Rahmat Allah tidak akan diberikan kepada sesiapa yang meruntuhkan akidahnya itu.

Islam juga menjadi alat permainan disebabkan berlakunya perkara yang dilakukan oleh masyarakat yang dilarang oleh Allah. Mereka tidak merasa akan azab yang akan diberikan oleh Allah serta menganggap perbuatan itu satu perkara yang biasa.

Kegiatan kurang sihat biasanya berlaku pada masyarakat sekarang yang mana mereka terlalu terpengaruh akan persekitaran, media massa dan luaran yang membentuk perilaku remaja yang kurang sihat.

Ajaran sesat akan berlaku jika akidah tidak dikukuhkan. Ianya kadangkala dilakukan melaui media massa. Ianya merupakan suatu kefahaman yang bertentangan dengan Agama Islam semata-mata. Apabila runtuhnya akidah, segala-galanya boleh direka menjadikan masyarakat terpedaya dengan kata-kata tersebut dan mengamalkannya.

Apakah pendapat anda bagi memperkukuhkan akidah dalam masyarakat agar kita sentiasa berada dalam rahmat Allah?? Bagi pendapat anda..

MAQAM-MAQAM TASAWUF

Untuk mengenal Allah secara mendalam itu dan merasakan kewujudannya perlulah mempelajari ilmu tasawuf dengan teliti dengan hati sanubari sendiri yang mana mengutamakan tentang adab dan nilai yang baik sesame manusia mahupun berhubung dengan Allah.

Tasawuf ini hendaklah berpandukan Al-Quran dan Hadith yang mana dengan jalan dua inilah manusia tidak akan sesat dalam melakukan sesuatu ibadat. Manusia juga patut mencontohi apa yang dipraktikkan oleh Rasullulah,Nabi junjungan kita, sehari-hari.

Para sufi telah mengamalkan maqam-maqam tasawuf bagi mengenal Allah dan ianya patut dilakukan oleh seseorang manusia. Maqam ini adalah jalan yang lurus bagi lebih mengenali Allah dan dekat padanya.

Maqam-maqam yang dimaksudkan itu adalah Taubah, Wara’, Zuhud, Faqr, Sabr, Tawakkal dan Redha.

Sepertimana yang telah diterangkan di atas, seorang manusia itu hendaklah mendekatkan diri dahulu kepada Allah bagi mengenal Allah. Bertaubat adalah paling penting dan asas utama dalam mengenalinya. Tanpa mengenal Allah, dia tidak akan merasakan kewujudan Allah dan akan tersesat serta hilanglah islam dalam dirinya. Selepas bertaubat itu, tentulah manusia itu diumpamakan sebagai seorang yang wara’ iaitu dia meninggalkan segala yang kesamaran dan meninggalkan segala yang haram. Meninggalkan segala yang haram ini termasuk dalam syarat-syarat taubat yang diterima. Al-Wara’ ini juga memerlukan zuhud yang mana tidak menghiraukan apa-apa yang berkenaan dengan dunia selain dari Allah. Mereka hanya bertumpukan kepada Allah Ta’ala. Mereka juga akan bersikap fakir yang akan mengosongkan hatinya kecuali pada Allah. Selepas maqam ini, mereka sudahpun menyerahkan diri kepada Allah tentang usaha mereka untuk mengenal Allah secara mendalam. Maqam seterusnya yang patut dialami ialah tawakal kepada Allah Ta’ala, penyerahan sepenuhnya kepada yang maha benar. Kesemua ibadat serta kebenaran terletak kepadanya. Apabila mendapat sesuatu jawapan daripada yang maha esa, mereka hendaklah redha dengan keputusan ayng telah diberikan. Terimalah dengan tenang atas musibah dan bersyukurlah pada Allah jika mendapat nikmat.

Dengan sendirinya, seseorang ahli sufi itu akan merasakan cinta yang penuh dan tulus ikhlas kepada Allah semata-mata sahaja. Kerinduan akan melanda pada dirinya sehinggakan merasa tidak berat dan jemu untuk beribadat dan mengadap Allah.

HUKUM BAGI SIFAT AL-GHURUR

Adapun sifat al-ghurur ini membawa kepada kebinasaan yang paling dominan. Ianya juga adalah satun jenis yang membawa kepada kebodohan manusia yang mana khayalan serta keraguan telah berlaku disebabkan hawa nafsu sendiri.

Sesiapa yang bersifat al-ghurur ini termasuk dalam kelompok orang yang kufur. Diatas sifat ini, mereka tidak beriman kepada Allah dan dilaknat oleh Allah. Apabila lemah imannya, mereka terlupa pada campur tangan Allah akan tiap-tiap sesuatu yang terjadi di muka bumi ini. Mereka lupa akan noktah hitam dihatinya yang mana telah sifat al-ghurur ini telahpun menggelapkan hatinya. Mereka merasa takjub dengan dirinya sendiri sehinggakan memandang hina pada orang lain dan hanya mengikut hawa nafsunya dalam member pendapat.

Al-Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri seperti firman Allah bermaksud:

“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.”

-Surah al-Kahfi ayat 103-104

Al-Ustaz Qomar Za menyatakan bahawa sifat ini juga membawa syubhat dan merosakkan akal fikiran manusia yang mana iblis akan masuk ke dalamnya bagi melemahkan lagi imannya kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Allah Subhanahu Wata’ala mencela akan sifat ini jadi hukum bagi orang yang menyifatkannya adalah berdosa. Sifat ini juga membawa kehinaan kepada tiap-tiap manusia dan merugikan hidup masing-masing.

CIRI-CIRI ORANG YANG TERPEDAYA DALAM AGAMA

1)    Merasakan dirinya sahaja yang betul

Orang yang bersifat begini adalah salah satu sifat yang terpedaya yang mana dia hanya menganggap dirinya sahaja yang betul di dalam member pendapat sesuatu. Dia tidak memandang pendapat orang lain yang mana baginya semua itu adalah salah.

Apabila orang lain member pendapat, dia tidak bersetuju dan selalu membangkang pendapat orang lain. Dia juga menganggap bahawa pendapat orang lain itu jijik dan tidak cukup fakta. Dia pun merasakan hanya pendapatnya sahaja lah yang betul dan diterima.

2)    Mudah gembira dengan amalan ketaatan walaupun sedikit

Apabila dia melakukan ibadat, dia merasa puas dan tidak takut akan penerimaan Allah akan amalannya atau tidak. Dia terlalu gembira dan selesa dengan amalan yang telah dilakukan. Amalan yang sedikit juga memberikannya kegembiraan yang lebih.

Dengan perbuatan ini, dia telah menipu dirinya sendiri yang mana kadang-kala dia meninggalkan ibadatnya tanpa merasakan apa-apa. Dia tidak merasa ganggu dan susah hati akan amalan sebelum ini adakah diterima oleh Allah atau tidak.

3) Maksiat dilakukan dan diremehkan

Apabila dia melakukan maksiat, dia tidak merasakan dosa dan menganggapnya sebagai satu perkara yang biasa. Dia juga menanggap bahawa apabila melakukan dosa ianya dapat dihapuskan dengan melakukan amal ibadat sahaja tanpa bertaubat.

4) Sukar menerima nasihat

Sebagaimana yang kita tahu, agama itu adalah nasihat. Sesiapa yang enggan menerima nasihat dikategorikan dalam sifat al-ghurur. Ianya telah menjadikan seseorang itu menjadi ego dan tidak mahu mendengar teguran dan pandangan orang lain.

5) Suka memandingkan dirinya dengan agama dengan orang lain

Di sini orang seperti ini suka membandingkan dirinya dengan orang lain dari sudut agama. Baginya dia telah menyangka dirinya adalah yang terbaik dan amalannya baik dalam agama. Ilmu agama juga dianggap sudah mencukupi dan merasa senang dengan apa yang sudah ada pada dirinya.

Advertisements

One response

27 10 2009
syukriahhoa

tolong berikan kerjasama dengan memberi beberapa pendapat tentang tajuk perbincangan ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: